Yamaha XMax SP dijual RM4,000 lebih mahal berbanding model biasa di Malaysia. - Foto ihsan Yamaha Thailand
VERSI baharu model XMax yang dikenali dengan nama XMax SP mula dipasarkan di pasaran negara jiran, Thailand.
Terdapat beberapa ciri menarik pada model ini antaranya termasuk penyerap hentak belakang boleh laras jenama Ohlins.
Apa yang menarik, Yamaha turut memberikan penyerap hentak asal jika pemilik berhasrat untuk menggunakannya kelak.
Foto ihsan Yamaha Thailand
Berdasarkan maklumat diterima, XMax dijual di pasaran Thailand menggunakan enjin 292cc dengan 27.6 kuasa kuda pada 7,250 rpm dan 29 Nm tork pada 5,750 rpm.
Model XMax SP didatangkan dengan warna kelabu manakala, rim diwarnakan dengan warna merah sekaligus menyerlahkan gaya ‘sporty’.
Foto ihsan Yamaha Thailand
Berikut antara spesifikasi lain terdapat pada Yamaha XMax SP di Thailand:
Tangki bahan api 13 liter
Brek cakera ABS depan dan belakang
Sistem kawalan cengkaman
Lampu hadapan dan belakang LED
Soket 12V
Fork teleskopik
Sebuah Yamaha XMax SP dijual pada harga 209,000 baht atau RM26,332.