ENGEAR

Search
Skip to content
  • PANDU
    • Elektrik
    • KERETA
    • MPV/SUV
    • 4X4
    • MOTOSIKAL
    • KOMERSIAL
    • MODIFIKASI
  • BERITA
    • DUNIA
    • MALAYSIA
  • EV
  • TIPS
    • KEWANGAN
    • MEKANIK
    • KESELAMATAN
  • VIRAL
  • VIDEO
  • IKLAN
  • MENGENAI KAMI
  • EN
DUNIA

Porsche pula tukar logo baharu, hampir tiada beza pun!

07 Jun 2023 Amirul Hazmi 10 Comments

PORSCHE menjadi pengeluar kereta terkini yang mengemas kini logo atau lencananya, tetapi anda harus jadi peminat tegar untuk nampak perbezaannya.

Walaupun pembaharuannya sedikit, Porsche mengatakan mereka perlu tidak kurang dari tiga tahun untuk memperhalusi rekaan lencana ikonik mereka.

Kita dapat melihatnya di sebelah barisan lencana-lencana sebelum ini, yang pertama digunakan sejak 1952. Ia kemudian ditukar pada 1954, 1963, 1973, 1993, dan 2008.

Lencana yang diperbaharui itu akan dipasang pada kenderaan-kenderaan bermula hujung tahun ini. Apa yang berubah adalah, terdapatnya struktur honeycomb (sarang lebah) di seksyen merah manakala kemasan logam berus memberikannya rupa lebih sofistikated.

Pengeluar itu juga tidak meninggalkan terus rekaan sebelumnya, semua lencana retro masih boleh anda pesan dan beli melalui Porsche Classic.

Perincian lain yang boleh dilihat adalah kuda yang diilhamkan dari ikon bandar raya Stuttgart manakala warna hitam dan merah serta tanduk rusa diambil dari lencana Württemberg-Hohenzollern.

Lencana original 1952 direka oleh Franz Xaver Reimspieß, yang juga dikatakan telah melukis logo Volkswagen pada 1936.

Lencana 1952 mula dipasang pada stereng sebelum dipasang pada pembuka hud Speedster pada November 1954. Kemudian pada 1959 ia mula dipasang pula pada hubcab rim.

Porschelogolencana

Post navigation

Previous PostLexus LBX crossover kompak mewah yang sarat dengan pelbagai ciriNext PostMati kerana merempit haram hukumnya, ibarat bunuh diri – Ustaz Azhar Idrus

Saluran Permotoran Pilihan Malaysia

Dasar Privasi Proudly powered by WordPress
Exit mobile version