Pokok tumbang hempap Proton Wira, seorang mekanik maut

Sebuah pokok tumbang di Jalan Perak, Georgetown menyebabkan seorang mekanik maut
Sebuah pokok tumbang di Jalan Perak, Georgetown menyebabkan seorang mekanik maut.

SEORANG lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dihempap sebuah pokok dalam satu kejadian di Jalan Perak, Georgetown hari ini.

Mangsa Yong Geeng Huei, 53, merupakan seorang mekanik dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Memetik laporan Bernama, kenderaan mangsa dihempap sebatang pokok yang mempunyai ukur lilit lebih dua meter.

Ia secara tidak langsung menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan serius.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

View Comment (1)

Comments are closed

"

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2025 © ENGEAR TV | All Rights Reserved