IA bukanlah satu rahsia bahawa Tesla akan beroperasi secara rasmi di Malaysia dengan perkhidmatan jualan, servis dan rangkaian pengecas supercharger-nya yang tersendiri.
Pada April lalu, Tesla Malaysia telah menawarkan jawatan kosong dalam beberapa bidang termasuk IT, jualan dan operasi tempahan.
Dalam perkembangan terbaru, tular sebuah iklan di media sosial mengenai sesi temuduga terbuka di Tesla Malaysia untuk lima jawatan iaitu:
Penasihat jualan/penasihat jualan dalaman
Penasihat jualan perusahaan
Penasihat penghantaran
Pakar sokongan pelanggan
Penasihat servis
Sesi temuduga ini akan diadakan pada 17 Jun, dari 12 tengahari hingga 4 petang di Cyberview, Aras 4, Blok 3759, Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Calon yang berminat hanya perlu membawa salinan resuma ke lokasi temuduga. Pra-pendaftaran tidak perlu dilakukan, menurut iklan yang tersebar itu.