Seorang penunggang motosikal, Siti Norol Salwani Ismail telah menunggang motosikal hampr 300km setiap minggu agar dapat menjual sayur di Kuala Lumpur demi menanggung anak berusia 10 tahun.
Wanita berusia 29 tahun itu bertolak dari Changkat Jering ke Kuala Lumpur dan menempuh perjalanan empat jam setiap minggu menggunakan kapcai jenis Honda Dash.
“Saya terlintas untuk menjual sayuran segar di Kuala Lumpur kerana mudah untuk mendapatkan sayuran tersebut di Changkat Jering dan Bukit Gantang.
“Awalnya agak memenatkan tetapi saya tidak sangka perniagaan kecilan ini akan berjaya,” jelasnya.
Motosikal yang digunakan sebelum ini juga telah rosak namun dia juga telah menggantikan dengan yang baru agar dapat meneruskan perniagaan tersebut.
“Suami baru saya sangat menyokong perniagaan ini dan dia bercadang untuk membantu saya,” tambah Siti Norol.