Proton X70 2025 – apa yang anda perlu tahu
02 Aug 2024·Bacaan < 1 min

Sedar tak sedar, model pertama hasil kerjasama antara Proton dan Geely iaitu X70 sudah berada dalam pasaran sejak lewat Disember 2018.
Dalam tempoh itu, ia telah menerima beberapa kemaskini namun untuk model tahun 2025, SUV itu mendapat penambahbaikan yang lebih menyeluruh.
Ini adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Proton X70 2025:
- Ia boleh didapati dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium X.
- Model facelift ini mempunyai 360 bahagian baharu, dan proses R&D mengambil masa 290,000 jam. Ujian jalan raya telah dijalankan melibatkan jarak sejauh 4.2 juta km.
- X70 2025 mendapat wajah lebih segar yang diambil dari Geely Boyue facelift 2022. Selain lampu LED baharu, ia tampil dengan gril lebih besar dengan perincian ala berlian, serta bonet, bampar dan dapra yang direka semula. Untuk belakang, terdapat bampar baharu dengan pemantul melintang.
- Rim aloi juga diberi rekaan terkini, dengan saiz 18 inci untuk Executive dan 19 inci.
- Ada lima warna untuk dipilih iaitu Snow White, Armous Silver, Jet Grey, Ruby Red dan warna baharu Marine Blue.
- Papan pemuka direka semula, kini menampilkan trim berwarna hitam piano dan pencahayaan ambien dengan 72 pilihan warna yang berubah mengikut muzik.
- Terletak pada bahagian tengah papan pemuka adalah skrin infohibur 12.3 inci baharu. Buat pertama kalinya untuk Proton, Apple CarPlay dan Android Auto disertakan.
- Selain itu, X70 2025 mendapat stereng baharu, paparan baharu pada panel meter LCD dan upholsteri kulit Nappa dalam warna Stone Grey.
- Dari segi kelengkapan, X70 kini tampil dengan Walk Away Auto Lock, manakala tailgate kuasanya kini mempunyai fungsi Nearby Auto Open untuk operasi bebas tangan.
- ADAS tersedia pada varian Premium dan Premium X. Ia merangkumi beberapa ciri baharu iaitu Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go, Intelligent Cruise Control, Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention, Lane Centering Control, Traffic Sign Information dan Rear Collision Warning.
- Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5-liter TGDI tiga silinder yang menghasilkan 5,500 rpm dan 255 Nm dari 1,500-4,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi DCT tujuh kelajuan.
- Dengan penambahbaikan yang melibatkan aspek kecekapan pembakaran, pengurusan termal dan pengurangan geseran, enjin ini mencatat penggunaan bahan api 7.3 liter/100 km, iaitu 4% lebih baik berbanding X70 2022.
@engear.tv Tonton dulu sebelum Booking Proton X70 2024! #proton #x70 #protonx70 #protonmalaysia #facelift #booking #engeartv #malaysia #fyp #carsoftiktok ♬ original sound – Engear TV