Semua tayar Continental sesuai untuk EV, jadi pilihan 10 pengeluar terkemuka

![[Photo 1] Continental E-Mobility – Key Visual](https://engear.omnitechnik.net/wp-content/uploads/2025/02/Photo-1-Continental-E-Mobility-Key-Visual.jpg.webp)
Continental Tyre Malaysia berkata semua tayar keluarannya sesuai untuk kenderaan klektrik (EV), memastikan keselamatan, keselesaan, dan kecekapan.
Memanfaatkan teknologi Jerman dan R&D yang kukuh, Continental memenuhi keperluan khusus EV seperti kapasiti beban yang lebih tinggi, tahap bunyi yang rendah, dan prestasi yang lancar.
Di peringkat global, 10 pengeluar EV sepenuhnya dengan jumlah pengeluaran tertinggi termasuk BMW, BYD, Kia, Mercedes-Benz, Renault, Smart, dan Volvo, bergantung pada tayar Continental sebagai Original Equipment (OE) mereka.
Berdasarkan pengalamannya yang luas, Continental memastikan setiap tayarnya dalam pelbagai segmen direka khas untuk keserasian penuh dengan EV serta disesuaikan bagi memenuhi keperluan prestasi uniknya.
Antara tayar Continental yang ditawarkan di pasaran termasuk:
- SportContact SC7 menawarkan keyakinan pemanduan dan prestasi yang luar biasa
- MaxContact MC7 menekankan kawalan dan pengendalian yang tepat
- UltraContact UC7 sesuai untuk pemandu yang mencari keselesaan serta cengkaman luar
biasa di permukaan basah - ComfortContact CC7 menonjol dengan keselesaan unggul dan pemanduan yang senyap
- EcoContact EC6/EC6 Q direka bentuk untuk kecekapan tenaga maksimum, sekaligus memanjangkan jarak pemanduan dengan sekali cas
Untuk memastikan tayar sesuai digunakan pada kenderaan elektrik, pengguna perlu mempertimbangkan ciri-ciri seperti indeks beban dan kelajuan untuk menampung berat kenderaan yang lebih tinggi, daya cengkaman, serta reka bentuk yang memaksimumkan kecekapan tenaga.
Selain keserasian, Continental menawarkan teknologi noise breaker yang menjadikan tayar lebih senyap.
“Tayar kami bukan sahaja direka untuk meningkatkan prestasi tetapi juga memenuhi keperluan unik sistem pemanduan alternatif. Barisan produk kami merangkumi pelbagai jenis kenderaan, termasuk yang menggunakan bahan api, hibrid, dan elektrik sepenuhnya, dengan teknologi canggih yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus pasaran Malaysia,” kata Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.