Tujuh senarai kereta Jepun buat poket anda ‘koyak’

MEMPERKATAKAN mengenai jentera Japan Domestic Market atau JDM, tidak dinafikan ia masih menjadi ‘kegilaan’ bagi kebanyakan peminat kereta.
EnGear juga telah beberapa kali memaparkan mengenai jentera JDM sama ada model terbaharu atau yang sudah lama.
Artikel kali ini, kami sekali lagi ingin membawa anda meneroka beberapa model JDM yang masih laku keras di pasaran walau sudah dimamah usia.
Bukan itu sahaja, harga bagi model JDM ini juga masih boleh tahan mahal!
Berikut merupakan tujuh jentera JDM yang masih tinggi harganya di pasaran Malaysia seperti yang dipasarkan di laman web Mudah.my
Honda NSX NA1
Varian: NSX 1 Coupe
Series: NA1
Tahun Pengeluaran: 1990 – 1997
Jenis model: 2 pintu, Coupe
Jenis Enjin: C30A, 3.0 L v6
Tranmisi: Manual, 5 speed
Enjin CC: 2977
Hp: 270Hp
Tork: 285Nm

Toyota Supra MK4
Varian: MK4
Series: Supra IV (A8)
Tahun Pengeluaran: 1993 – 2002
Jenis model: 2 pintu, Coupe
Jenis Enjin: 2JZ-GTE Twin Turbo
Tranmisi: Manual, 6 speed
Enjin CC: 2997
Hp: 276Hp
Tork: 431Nm

Nissan Skyline GT-R 34
Varian: R34 GT-R
Series: E-BNR34
Tahun Pengeluaran: 1999 – 2002
Jenis model: 2 pintu, Coupe
Jenis Enjin: RB26DETT, 2.6 L Turbocharged
Tranmisi: Manual, 6 speed
Enjin CC: 2997
Hp: 320Hp
Tork: 397Nm

Mazda RX-7 FD3S
Varian: FD3S
Series: 13B-REW, Twin Turbo
Tahun Pengeluaran: 1992 – 2002
Jenis model: 2 pintu, Coupe
Jenis Enjin: Rotary 13B, 1.3 L Twin Turbo
Tranmisi: Manual, 5 speed
Enjin CC: 1308
Hp: 255Hp
Tork: 294Nm

Mitsubishi Lancer 2.0 Evolution IX
Varian: Evolution IX
Series: CT9A
Tahun Pengeluaran: 2005 – 2007
Jenis model: 4 pintu, Sedan
Jenis Enjin: 4G63T, 2.0 L Turbocharged
Tranmisi: Manual, 6 speed
Enjin CC: 1997
Hp: 286Hp
Tork: 392Nm

Honda S2000
Varian: F20C
Series: GH-AP1
Tahun Pengeluaran: 1999 – 2006
Jenis model: 2 pintu, Cabriolet
Jenis Enjin: F20C
Tranmisi: Manual, 6 speed
Enjin CC: 1997
Hp: 247Hp
Tork: 218Nm

Nissan Skyline GT-R 32
Varian: R32 GT-R
Series: E-BNR32
Tahun Pengeluaran: 1989 – 1994
Jenis model: 2 pintu, Coupe
Jenis Enjin: RB26DETT, 2.6 L, Twin Turbocharged
Tranmisi: Manual, 5 speed
Enjin CC: 2568
Hp: 276Hp
Tork: 353Nm

Itu antara tujuh jentera JDM yang masih mahal harganya di pasaran negara ini.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai model yang telah kami senaraikan ini, saksikan video di bawah bersama Bro Adi di saluran YouTube EnGear.
Check it out!
Seorang Nerd yang berminat dalam dunia automotif serta hal ehwal politik sebagai pengetahuan am.