ACARA International Modifief (IAM) Kuala Lumpur dan Malaysian International Motor Expo (MIME) ‘membuka pintunya’ kepada pengunjung bermula hari ini hingga 29 Oktober 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Dianggap sebagai acara penalaan kereta dan gaya hidup terbesar di rantau ASEAN, acara ini menampilkan koleksi terbaik kereta yang telah dimodifikasi, di samping barisan model terkini, kenderaan elektrik (EV) dan jentera 4X4. Acara ini disokong oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).
Acara tahun ini juga bakal menyaksikan penglibatan nama-nama besar seperti JWide, Qartel, Vertex, Street Garage, SpeedSyndicate,, B.A.R, Bambush, Bon Stylo dan Blackmailz.
Dengan kerjasama MIME, acara ini juga akan menampilkan Electric Vehicle (EV) Fest di mana pengunjung boleh melihat dengan lebih dekat dan memandu uji pelbagai jenis EV dengan lingkungan harga antara RM100,000 hingga RM500,000.
Selain itu, MIME juga menyediakan bahagian outdoor khas yang dinamakan 4X4 Xchange bagi mempromosikan gaya hidup lasak, sukan off-road serta barangan-barangan trak pacuan empat roda.
Acara ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tiket dijual pada harga RM30 dan boleh dibeli di pautan https://ticket.malaysiamotorexpo.com/ atau di http://t2u.asia/e/31710?sec=36057http://t2u.asia/e/31710?sec=36057, serta di tiket kaunter. Kanak-kanak bawah 12 tahun masuk percuma dan perlu diawasi oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa.