INGRESS Swede Automobile kini menawarkan program kenderaan pra-milik Volvo SELEKT di bilik pameran mereka yang terletak di Mutiara Damansara.
Program ini menampilkan pelbagai kenderaan Volvo terpakai berkualiti tinggi yang telah melalui ujian dan pemeriksaan menyeluruh.
Menerusi Volvo SELEKT, pelanggan juga dijanjikan perkhidmatan yang profesional dan ketenangan dalam setiap pembelian.
Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Swede Automobile, “Sebagai pengedar sah untuk Volvo Car Malaysia, kami sentiasa berusaha meneroka peluang baharu agar terus berkembang dan berinovasi dalam industri automotif di Malaysia.
“Program ini bukan sahaja merupakan tambahan mantap kepada portfolio kami yang sedia ada, tetapi juga seiring dengan visi jangka panjang kami,” katanya.
Setiap kenderaan Volvo terpakai di bawah program SELEKT menjalani proses ujian dan pemeriksaan menyeluruh 125 mata untuk memastikan ia memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan tertinggi.
Setiap kenderaan turut didatangkan dengan jaminan minimum selama 12 bulan dan perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam.
Bukan itu sahaja, Volvo SELEKT juga hanya menjual hanya kenderaan bebas kemalangan dan banjir yang diluluskan dengan jaminan kurang dari lima tahun atau 100,000 km jarak perbatuan.
Berikut adalah antara kelebihan yang ditawarkan oleh program Volvo SELEKT:
- Pemulihan dengan teliti: Semua kenderaan Volvo SELEKT diubahsuai dengan teliti menggunakan alat ganti dan aksesori tulen Volvo, serta perisian terkini.
- Rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan: Semua kenderaan akan menjalani pengesahan rekod jarak perjalanan dan sejarah penyelenggaraan.
- Pakej perkhidmatan: Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan Volvo (VSA)-5 atau 3 ditawarkan untuk mengurangkan kos pemilikan jangka panjang bagi pemilik baru. Pakej penyelenggaraan percuma selama sekurang-kurangnya 1 tahun turut diberikan.
- Pakar yang sah dan terlatih: Warga kerja di pusat servis Volvo SELEKT yang terlatih dan berkemahiran tinggi untuk menjelaskan semua ciri dan fungsi kenderaan secara terperinci kepada pelanggan.
- Lokasi strategik: Terletak di Lembah Klang, menjadikannya mudah diakses oleh pelanggan.