MV Agusta memperkenalkan model palinng eksklusif pernah dihasilkan jenama motosikal Itali itu menerusi Superveloce Arsham hasil kerjasama dengan artis, Daniel Arsham.
Mengguna pakai MV Agusta Superveloce sebagai asas utama, versi eksklusif ini tampil dengan warna serba putih dengan beberapa panel menampilkan kesenian unik.
Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, Timur Sardarov, turut meluahkan rasa teruja akan kerjasama dengan Arsham.
“Saya teruja dengann kolaborasi ini, Arsham merupakan seorang artis yang saya kagumi dan seninya mirip dengan MV Agusta terutamanya dari aspek nilai dan falsafah. Bersama-sama kami mengangkat seni motosikal ke peringkat lebih tinggi,” jelasnya.
Dalam pada itu, Arsham menyifatkan model eksklusif sebagai arca yang bergerak sekaligus menjelaskan pemilihan warna putih dan bahagian yang terdedah seakan arca yang pecah.
Untuk rekod, MV Agusta Superveloce Arsham ini dikuasakan enjin tiga silinder 798cc yang berupaya menghasilkan 147hp dan 88Nm.