Bertempat di Malaysia Autoshow 2025, Proton memperlihatkan sebuah lagi model kenderaan elektrik (EV) sebagai pelengkap kepada penawaran e.MAS 7 sedia ada.
Proton e.MAS 5 (Geely Star Wish) mempunyai dimensi yang lebih kecil berbanding e.MAS 7.
Ia membawakan ukuran sepanjang 4,135 mm, lebar 1,805 mm, tinggi 1,570 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,650 mm.
Spesifikasi tidak didedahkan buat masa ini.
Namun berdasarkan unit yang wujud di China, ia dikuasakan oleh motor elektrik 78 hp dan 130 Nm, atau 114 hp/150 Nm.
Terdapat pilihan pek bateri 30.12 kWh dengan jarak gerak sejauh 310 km, atau 40.16 kWh dengan jarak gerak sejauh 410 km.
Lebih banyak perincian bakal didedahkan oleh Proton dalam masa terdekat, namun yang pasti Proton e.MAS 5 bakal menjadi EV Proton yang paling mampu milik apabila dipasarkan pada penghujung tahun ini.