Bosch Mobility Aftermarket (MA) hari ini memperkenalkan rangkaian produk baharu dengan teknologi terkini, dalam usaha memacu industri automotif ke tahap lebih tinggi.
Menurut syarikat itu, setiap produk direka khusus untuk meningkatkan prestasi kenderaan ke tahap optimum, memperkukuh aspek keselamatan, serta memaksimumkan kecekapan.
Berikut adalah produk baharu Bosch yang dilancarkan:
Clear Advantage TL Wiper
- Direka untuk ketahanan yang lebih tinggi dan kebolehsuaian lebih baik bagi kenderaan baharu buatan Jepun.
- Proses pengelapan yang lebih senyap dalam apa jua keadaan cuaca.
EFB Battery (M42R)
- Dioptimumkan untuk kenderaan Mula-Henti dan diuji sehingga 36,000 kitaran.
- Berkuasa tinggi dengan 400 Cold Cranking Amps (CCA) dan 40 Amp Hours (Ah) untuk jangka hayat yang lebih lama.
C70B Battery Charger
- Pengecasan cekap dengan mod sokongan binaan dalaman untuk meningkatkan aspek penggunaan.
- Pengecasan pintar dengan tetapan memori tersedia.
- Ketahanan kalis air IP65 yang diperakui dan pengecasan automatik menerusi satu butang yang intuitif.
EVO Spark Plug
- Jangka hayat lebih lama hasil penggunaan pin iridium dan plat platinum untuk menawarkan prestasi yang optimum.
- Struktur mekanikal dan elektrik yang teguh untuk ketahanan lebih baik dan keupayaan dielektrik yang tinggi.
- Reka bentuk penebat yang dipertingkatkan dan salutan nikel untuk perlindungan kakisan yang lebih baik.
Engine Oil
- Direka untuk memberikan pelinciran berprestasi tinggi bagi kecekapan enjin yang optimum dalam semua keadaan.
- Mengoptimumkan kecekapan untuk penjimatan bahan api yang lebih baik dan tahap penggunaan yang lebih rendah.
- Melindungi sistem ekzos, mengurangkan emisi, dan mengekalkan pelinciran yang stabil.
Ceramic Brake Pad
- Bahan plat sokongan berkekuatan tinggi untuk mengurangkan lenturan pad dan direka khas untuk kenderaan buatan Malaysia.
- Reka bentuk pemipis penahan bunyi untuk saringan bunyi yang lebih baik.
- Formulasi geseran yang sepadan dengan kenderaan untuk keberkesanan brek dalam semua keadaan.
Compound Brake Disc
- Mengurangkan berat kenderaan dan jisim bebas suspensi untuk meningkatkan keselesaan dan kawalan pemanduan.
- Kapasiti haba dan keraliran udara panas dipertingkatkan yang membolehkan aspek penyejukan lebih pantas.
- Memenuhi dan menjangkaui piawaian ECER 90 serta dibangunkan untuk kenderaan Continental.
ENV6 Brake Fluid
- Sesuai untuk DOT3, DOT4, DOT5.1 dan Class 6 dengan sifat anti-kakisan.
- Jangka hayat servis yang lebih panjang dan memenuhi piawaian OE.
- Dibangunkan untuk kenderaan Continental dan sesuai bagi kegunaan kenderaan buatan Jepun untuk prestasi brek yang lebih baik.
“Kami teruja memperkenalkan produk canggih ini kepada pihak berkepentingan, seiring dengan komitmen teguh kami untuk terus menawarkan hanya yang terbaik daripada jenama yang telah dipercayai sejak lebih 100 tahun,” Dillion Goh Kian Chiang, Pengarah Perniagaan Negara Bosch Mobility Aftermarket Malaysia.